Isnin, 5 September 2016

Laptop merah

alhamdullilah setelah sekian lama tak update blog, gegara skrin laptop pecah, malam nie dah rasmi lappy baru hasil dari bonus shaklee! yeayyyyyy
tapi kalini beli laptop yang biasa - biasa jer, dan sebenarnya ini dah masuk lali ke-4 laptop dirumah kami. banyak betol sejarah dengan laptop - laptop nie jadi kali nie tak nak dah beli laptop yg letop merecik, nanti nangis kalu tragedi berulang. hahaha
nak tahu mana laptop lagi 3 ketoi tu pergi? meh baca meh.

Kisah Laptop Pertama

masa tu balek kije, singgah tesco sekejap beli drypers anak, kejap sangat tauu, memang sampai, terus menuju ke situ, bayar dan terus pulang kerumah. tapi tak sangka lar, laptop yang dinyorokkan dibawah sit itu tetap dapat diterjah oleh penjenayah jahanam. tapi tererr sungguh pencopet itu, masa kita orang masuk semula kereta, langsung tiada kesan ompelan, dan tiada apa-apa yang berubah. cuma masa kitaorang nak masuk kereta, tekan alarm unlocked, kereta tetiba berbunyi, tapi lepas locked balek dah okey, dan kitaorang pon fikir takde benda lar kan. yang sadisnya, malam tu husband minta amekkan laptop dalam kereta, cari punya cari x jumpa! 1 beg hilang, dah lar dalam tu semua kertas kerja. mampu buat muka blur je masa tu memasing. kelu tak terkata....redho, rezeki dengan laptop itu dengan kami setakat itu sahaja. :(

Kisah Laptop Kedua


lebih seram dari yang tadi, november 2011, malam tu jam 3.15 pagi, sedang tidur lena, tetiba tersedar bunyi kuat, masa tu rasa macam mimpi, macam betol, tapi time tu relex jer, bangun bukak lampu, terus pergi dapur, potong daging, dan laju laju masak daging masak kicap. kenapa bangun-bangun tido terus nak masak? hahaha, jangan pelik hea, memang selalu macam tue, sebab dulu rajin bawak bekal pergi kerja. lepas settle masak, terus masuk bilik air,amek semua kain baju, nak masuk dalam mesin basuh, tiba-tiba, ada 2orang menerpa masuk bilik air, terus tutup mulut, dan acukan parang panjang. huaawaaa takot. nak type ni pon rasa seram pulak tetiba :( selisih, lindungilar keluarga kami ya allah. dan lepas tu dia bukak segala rantai gelang cincin bagai (sebab tu sampai sekarang memang trauma nak pakai barang kemas liplap2 nie) sebab target perompak tu, memang emas jek, ciap tanya , "mana peti emas nya" "mana peti emasnya" aiseyyyy, ingat ai mak datin ke duk simpan stock emas bebanyak kat umah. dan lepas dia geledah umah, dan dia relex jer amek laptop atas meja, masuk dalam beg ciap ciap, letak depan pintu. (dalam hati nak cakap, alaa laptop tak yah lar amek, dah lar banyak gambar anak anak dari kecik dalam tu ) T_T
tapi masatu diam je mampu, peluk anak kuat kuat, nak amek ape amek lar, janji jangan kacau anak-anak. (kisah ini panjang, next entry baru cerita pengalaman dirompak! mesti time tu seram sejuk. takot!!)

Kisah Laptop Ketiga


screen laptop pecah tiba - tiba, adoii mesti bebudak ni punye kerja lar, sendiri pon tak perasan biler. tau tau time nak guna dah pecah sikit, tapi okey lagi lar masih boleh guna, tengah-tengah bz buat kije, medina paut, masuk mulut, dah tak memasal separuh screen tu hitam, ganas sungguh memasing,  ters tak lalu dah nak hadap laptop tu. :(
sebenarnya kan... masa tv kat umah nie pecah pon tak perasan bila, bebulan tak on TV (drama ke, sinetron ke, berita ke, soriii tak sempat nak layan) baik layan customer, buat iklan kat FB lagi bagus, kompem masyukkkkk, kalau tengok drama jer, mesti hidup dalam angan-angan je makcik anies nie, hahaha,
ok sambung kisah tadi, kebetulan masatu MLM (maharajalawak mega) baru mula malam tu, excited lar jugak nak tengok, tiba-tiba ON tv terus bunyi plup, gelap! teliti kat screen, memang sah ada kesan kena baling, tak tau benda ape, tak tau bila masa, jadinya sampai sekarang kami tiada TV.
jadi siapa yang datang umah, jangan pelik hea kalau umah kitaorang takde hiburan, radio takde, tv takde.
sebenarnya kitaorang tak kesah pon takde tv, sebab memang tak ajar bebudak kat umah nie menekun depan tv, jadi nanti lar hea bab beli tv tu, kalau agak agak teringin sangat ataupun ada cukup masa, baru g cari TV baru. (buat masa nie fokus bershaklee, melayan anak anka, dan tugas suri rumah bergaji yang dari pagi petang siang malam esok lusa, tahun depan memang takkan abes) hahaha sebab tu kita lupakan dulu hajat membeli tv baru, baik beli laptop yang ke empat nie ha, lagi banyak faedah! ;)

Kisah Laptop Keempat


plan memang nak pergi beli lepas laptop ke3 rosak, tapi masa sangat mencemburui kami, asek lar tak sempat, biasanya kalau free, memang laju laju pegi shaklee, lepas tu bz pos vitamin, COD merata. dah jadi nya tertangguh.
31 august haritu kebetulan balek kampung, memang tengah free (sebab branch shaklee jauh :p ) maka kita tak pergi shaklee, dan bolelar kami menjarah mencari laptop yang berkenan dihati.
alhamdullilah misi berjalan lancar, dan harini 5hb baru dapat buat 1 entry! hahaha...padahal dah janji lepas beli nak buat sehari 1 entry, so kita ada hutang lagi 5 entry! sabaq naa, nanti laju laju hakak type.. hihihi

rasanya setakat ini jelar sharing pasal sejarah laptop yang penuh dengan cabaran dan dugaan, semoga laptop keempat ini berjasa dan beri kenangan yang manis manis sahaja untuk mami. dan semoga entry lain menyusul dengan laju bak roket. ameen :)

thanks yang sudi membaca
kalau komen lagi kita teruja,
sila lar silar komen hea..hihihi


pengedar shaklee johor bahru
pengedar shaklee kluang
shaklee ready stock
anies 017-7061908

Tiada ulasan:

Catat Ulasan