HARI KEDUA - PERJALANAN KE PULAU LANGKAWI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA
Sambungan semalam. Tersedar awal pagi hari ini, bersihkan diri, dan tunaikan kewajipan.Aktiviti hari nie agak padat, pagi ni ada fun aktiviti bersama shaklee, ala-ala tresure hunt gitular. Dan pada sebelah petangnya pula kami akan turun shopping cekelet di pulau langkawi. yeayyyyy
Pagi ini kami diminta memakai t-shirt yang shaklee beri untuk Fun Aktiviti nanti, semua pakai baju sama baru lar cun bergambar kan?
|
Barisan SID yang layak ke trip shaklee secara percuma
|
Selesai bersiap, awal kami keluar dari bilik. Sebenarnya rasa tak sabar hendak menikmati angin subuh ditengah lautan dalam (almaklumlar, bukan selalu dapat naik cruise kan, so kena gunakan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin). Semasa naik di deck 9, belum jam 7 pagi lagi, cuaca masih agak gelap, mungkin juga hujan turun lebat malam tadi, semasa kami dibuai mimpi indah tanpa disedari.
 |
Kebiruan awan kelihatan sangat cantik |
Awalnya berhajat hendak pergi ke hujung kapal untuk posing ala-ala TITANIC, tetapi tidak kesampaian nampaknya, sebab angin terlalu kuat dan sangat sejuk!
Dia punye angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah, macam kaknis dan kaksu pon nak terbang sama mengikut tiupan angin kencang itu!
tapi selamatlar kaknis hang ni berat kan, so rasa masih stabil lagi kat atas tu, walau kena sentiasa menjaga tudung dari terselak. hahaha
 |
Kak su yang comel, dan suke selfie macam kaknis jugak. haha |
 |
Angin kuat sangat time ni, nak posing pon rasa tak selamat |
Selesai melihat matahari terbit dan ambil gambar sepuasnya, kami turun ke deck 9 (bahagian bawah) untuk menikmati sarapan pagi. Walaupun hanya breakfast, hidangannya tetap tak nak kalah, menu yang disedikan mewah dan perlbagai.
Semua rasa nak dimakan. Jadinya kaknis ambil lar setiap satu yang teringin itu dengan kuantiti yang sedikit, so dapat lar makan berpinggan-pinggan , tanpa rasa bermengah. hihi
 |
Bersarapan di Four Season |
Yang menariknya didalam star cruise libra ini, ada 5 restoren mewah, dan 3 antaranya adalah restoren halal, yang pertama Four Season (yang berada di deck 4), yang kedua Mariners restoren (deck 9) dan yang ketiga Spices Restoren yang berada di (deck 10), spices restoren ni antara yang paling sedap dan kena dengan tekak kannis, yang lain pon masih sedap juga, tapi yang ni paling terasa setiap hidangannya. almaklumlar, setiap restoren berlainan chef, dan chef semua yang bertaraf 5bintang.
Dan yang menariknya, kami bebas untuk memilih mahu bersarapan dan lunch dimana-mana restoren, mengikut pilihan menu yang berbeza disetiap restoren tersebut. Best sangat kan?
FUN AKTIVITI - TRESSURE HUNT DI ATAS STAR CRUISE LIBRA?
 |
Inilah group kaknis, "Lady Gagah" katanya. hihi |
haa, jangan ingat dalam cruise tak boleh buat game yea, memang happy dan mencabar aktiviti kami pagi ni, kami dipecahkan kepada beberapa group, dan diberi sepuluh soalan, dan perlu pergi ke setiap deck untuk dapatkan paswood, lokasi dan juga signature. Maka berlari-lari lar kami untuk mengejar kemenangan. Masa diberi hanya 1 jam, dan hadiahnya adalah semua aktiviti pantai di coral island phuket pada keesokkan harinya nanti.
Antara hadiah yang menarik adalah sea walker, parasiling, zigzag, dan juga banana boat. Kami dari team Lady Gagah dah usaha sebaik mungkin, dan pemenang akan diumum sewaktu dinner "Sarong Nite"malam nanti. Semoga ada lah rezeki untuk kami semua kan? Sebelum terlupa, habes jer kami bersarapan tadi, ada aktivi berzumba sekejap, bagi warm up sebelum memulakan tressure hunt, memang happening.
 |
Dapat Topi Supermom dari super upline kaknis - Master Hadhatina |
 |
Pantang jumpa cermin! hahaha |
 |
IREACH Family |
 |
Dengan President Shaklee Malaysia dan Founder Ireach Family |
Selesai Fun aktiviti ini, kami diberi hadiah setiap sorang paper bag, yang berisi topi Shaklee dan juga sebotol Vitamin C Shaklee. Best kan? Shaklee memang suka beri surprise untuk kami. Dah habes program tersebut, kami diminta berkumpul semula ke Deck 5 untuk turun ke langkawi pada jam 3petang. So masa yang ada nie, sempat lar kami mandi, solat, bersiap dan lunch.
 |
Lunch kali nie kami cuba di Spices Restoren (Memang sedap, banyak pilihan ulaman dan sambal belacan pon ada) hihi |
 |
Cam biasa, pantang jumpa cermin. haha |
 |
Tak sabar nak turun ke Pulau Langkawi |
 |
Turun dari Cruise, naik bas pulak untuk dibawa ketempat shopping |
 |
Baju size Medina comel-comel belaka |
 |
Tak beli pun, tak elok bagi anak gula-gula, baik bagi makan vitamin. haha |
 |
kak su shopping pinggan mangkuk? |
 |
Rambang mata |
 |
Sementara tunggu kawan yang lain habes hopping, lepak tepi jeti sat |
 |
Jarang tidak melepaskan peluang |
 |
Rooamate kaknis sepanjang 5hari 4 malam |
 |
Dah ready nak Dinner "Sarong Nite" |
 |
Baju Last minit, Simple je kaknis malam nie |
 |
Satay tu sedap sangat! |
 |
Kambing Golek! yummyyy |
 |
SHAKLEE dari Ais, abes dinner cair lar dia. depan-depan mengerlip sangat tau Ais nie |
Okey lar, setakat ini cerita untuk Part 2, tunggu Part 3 pulak yea, nanti kaknis sambung cerita, bila dah sampai Phuket Thailand. Jumpa lagi, stay tuned, tq sudi baca sampai habes. (:
BACA LAGI DI SINI
seronoknya naik cruise.. Tak pernah merasa lagi. One Day In Shaa Allah..
BalasPadamSeronok nya sis..hebatlah trip shaklee nie
BalasPadamSeronok nya sis..hebatlah trip shaklee nie
BalasPadamMacam mana nak dapat percutian macam ni...
BalasPadam