Rabu, 21 September 2016

KETAHUI PUNCA SLIPPED DISC, ADAKAH KITA JUGA BERISIKO?





Selalu jer kita dengar tentang Slip Disc, setakat mana yang kita tahu? 
adakah kita jugak berisiko? dan bagaimana ia terjadi?

"Slipped Disc" adalah keadaan dimana tulang berlakang berganjak atau telah tergelinicir dari posisi kedudukan asalnya. 



Disc disini merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma berganjak atau pecah. Ini menyebabkan cakeara rawan dan tisu berhampiran bocor (hernia) dan kandungan seperti gel di dalamya terkeluar kekawasan tisu sekitar. Seterusnya mencetuskan tekanan saraf tunjang atau saraf lain bersebelahan, menjadi punca kepada 'Slip Disc'
                                                                                                             -Emerdicinehealth.com
                                                                                                              Slipped Disc Overview 


Image result for tulang belakang manusia slip
(keadaan dimana gel yang berfungsi meyerap tekanan, telah bocor dan mengakibatkan ia beralih dari tempat asal)

Bagaimana ini boleh terjadi?


Ia disebabkan gel di antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan, telah bocor dan mengakibatkan dia beralih dari tempat asalnya. Dan apabila ini tejadi, tulang akan menekan dibahagian saraf - saraf, yang mengawal badan kita, seperti tangan , kaki dan juga leher.

biasanya mereka akan berasa sakit yang melampau akibat dari tekanan saraf tadi. dan anggota badan akan berada kebas - kebas dan pergerakan agak terbatas. 

Image result for slip disc yg bocor
( tulang sedang menekan saraf, dan menyebabkan kesakitan yang melampau )

Apakah Simptom-Simptom Slip Disc?


Antara simptom atau tanda - tanda mereka yang mengalami Slip Disc, pesakit kerap sakit dibahagian belakang badan, leher, tengkuk, sekitar bahu, kejang otot, kebas -kebas dan lemah badan serta gagal mengawal pembuangan air kecil dan besar.

Jika anda alami Sakit dibahagian badan seperti mencucuk - cucuk dan rasa terbakar (inflamasi) . sila segera berjumpa dengan doktor diklinik berhampiran anda. Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan. Jangan ambil tak peduli, walau kadangkala ia berlaku serta merta, kesannya amat teruk jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh. Jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

banyak faktor penyumbang masalah slip disc nie, dan kita perlu ambil tahu dan usaha mengelak dari terkena penyakit saraf ini. insha allah entry akan datang saya akan jelaskan lebih details lagi, 
Faktor - faktor penyumbang kepada masalah slip disc ini secara senyap. bagaimana cara mengatasi dan juga kaedah rawatan untuk mengatasi masalah Slip Disc selain daripada pembedahan. Jumpa lagii di next entry :)

Your Healthy & Beauty Consultant
Anies (ID 1073979)

SMS / CALL / WHATSAPP 
017-7061908

Email
ayniesanies@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan