Isnin, 18 Disember 2017

RESEPI NASI AYAM THAI, BAHAN PALING SENANG DAN RASANYA SANGAT SEDAP


NASI AYAM THAI VIRAL


Sebenarnya ini adalah kali kedua kaknis mencuba resepi Nasi ayam Thai yang Viral di FB dan Page masakan ini. Alhamdullilah buat 2kali, tetap menjadi dan memang licin seperiuk. hihi Dan oleh kerana ramai yang bertanyakan resepi ada yang whatssap, ada yang bertanyakan di FB, maka nya kaknis cadang untuk simpan di Blog kaknis nie terus, supaya mudah dirujuk dimasa akan datang nanti. Resepinya sangat mudah dah bahan-bahannya juga ringkas, dan yang pasti Nasi ayam Thai ini, sedap, dan tidak muak. 

NASI AYAM THAI DENGAN BAHAN RINGKAS TETAPI SEDAP

Nasi Ayam Thai. Gambar masa firstime kaknis mencuba resepi ini

BAHAN-BAHAN ANGGARAN SATU FAMILY MAKAN (BERTAMBAH-TAMBAH)

  • Beras Basmati 1Kg (Cuci dan toskan)
  • Ayam Seekor besar (kaknis minta potong 4 jer)
  • Pokok ketumbar 3 (Beli yang akarnya gemok-gemok dan rendam dalam Basic H dulu, pastikan ia benar-benar suci dan bersih) hihi
  • Halia sedang-sedang (Hiris nipis)
  • Kiub ayam (tak nak letak pon tak per, bole perasakan dengan garam organic)
  • Air secukupnya

BAHAN SOS NASI AYAM THAI SECUKUP RASA DAN SENANG SANGAT 

  • Sos cili Thai Maggi
  • 1 sudu besar kicap pekat (kaknis guna kicap biasa je)
  • Perahan limau sambal (lebih kurang 10-15biji, masam manis pedas baru kick) 
  • Sedikit air jika perlu
  • Cili padi potong (anggaran 10-15biji, makin sambil gigit cili, baru power) 

CARA MEMASAK


1) Masukkan air kedalam periuk secukupnya, masukkan akar ketumbar, hirisan halia, dan 4 ketul ayam tadi. Masak sehingga ayam nampak masak. Setelah  air dah mendidih, masukkan kiub ayam tadi @ garam (jika tidak menggunakan kiub)

Masukkan air secukupnya, daun ketumbar dan ayam yang telah dicuci bersih tadi

2) Setelah mendidih dan ayam kelihatan sudah masak, angkat ayam, dan ketepikan kebekas lain seketika.

3) Masukkan beras basmati kedalam periuk (kaknis sukat 1kg beras, menggunakan periuk kecil, anggaran 2 periuk kecil beras) susun ayam tadi diatas beras, dan masukkan air rebusan tadi mengikut sukatan sama beras tadi. Jika mahu lebihkan air hanya sedikit sahaja, bimbang nasi lembik, tak cantik pulak nanti kejadiannya kan? (yang nie bergantung kepada beras korang, nak masak guna beras biasa pon ok jer, takde masalah, janji ukuran air sama macam korang masak nasi biasa) (:

4) Untuk menghasilkan sos pula, masukkan sos cili thai maggi anggaran setengah botol (kaknis suke sos lebih, kurang sos, tak syok makan), masukkan kicap, sedikit air, masukkan cili, dah nampak mendidih, masukkan air perahan limau tadi.

Makan sambil gigit cili, memang mabeles

5) Lebihan air nasi tadi, boleh dijadikan sup, perasakan garam dan buh daun ketumbar untuk hiasan.  Sedia untuk dihidang bersama sos dan nasi tadi (Resepi asal tiada sup,tapi lagi sedap lar ada sup, boleh hirup-hirup) hihi

Sup didihkan semula, boleh tambah air jika mahu

6) keluarkan ayam yang ada dalam periuk nasi tadi, angkat dan ketepikan, gembar-gemburkan nasi perlahan-lahan, supaya nasi kelihatan elok dah tidak patah.

Mudah sangat! Tak perlu goreng ayam (:
Ayam boleh diketuk leper, dan dipotong supaya mudah dihidang
Dah jadi gini tak payah gaduh nak isi ke nak tulang. hihihi
7) Hidangkan bersama salad, tomato dan juga timun untuk melengkapkan hidangan tadi. 

Yang nie mesti ada okey! Kalau takde bukan Nasi Ayam Thai namanya


SELAMAT MENCUBA MEMASAK NASI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH NIE! 

senang, mudah dan bahannya juga sangat ringkas kan? nak cuba atau dah cuba nanti, jangan lupa komen kat entry nie tau sayang sayang kaknis. (: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan