Turun dari bas, kami pergi ke destinasi pertama cadangnya memang nak cari air, sebab dah haus. Almaklumlar cuaca time kami sampai tu, agak panas juga lar. Yang pertama kami nampak bila lalu lorong terseumbat, jumpalar kami dengan Gerai yang menjual Ais Tingkap nie. Air pilihan kaknis, dah tentular nak mencuba Ais tingkap kan? Ais tingkap nie, rasanya seperti air sirap, dicampur dengan biji selasih, dihiasi isi kelapa atasnya, dan ada ais ketul, yang mungkin Aiskrim soda dibekukan. Rasa gas air itu tidak lar kuat, tetapi memang beri rasa kesegaran dan nikmat. Dah lega tekak dari haus, kami jalan-jalan cari makan dilorong hadapannya. Layan Mee Goreng Sotong, Cendol, Laksa Penang, Cucur udang, dan ada juga yang layan Nasi kandar line clear di area berdekatan situ.
|
Jeruk Pak Ali
|
|
Add caption |
|
Naik Bas Double Decker |
Perot dah kenyang, shopping pon dah puas, kami diminta berkumpul ke bas semula pada jam 4 petang. Destinasi seterusnya kami akan dibawa ke Penang The Top Rainbow Komtar Sky Walk. Diberitahu, tempat ini adalah tempat baru dibuka dipulau pinang. Sampai disana kami diberikan tiket yang tertera harga RM68, tapi shaklee sponser lar semuanya, tidak perlu keluar duit pon.
Kami dibawa ketingkat 68 iaitu tingkat paling atas, untuk melihat keindahan seluruh pulau pinang dan berjalan dilaluan kaca. Wah kaknis memang teruja bab nie, memang langsung tidak melepaskan peluang untuk posing atas nie. Pemandangan dari atas ni sangat cantik. Puas bergambar, turunlar kami kebawah dan berkumpul ke bas semula.
|
Tengok Kerera bersusun kat jalan raya, macam kereta mainan tau, warna warni. hihi |
|
IREACH Leader
|
Tinggi atas nie, Selamat lar kaknis jenis tak gayat
|
|
Selepas semua selesai, menujular kami semua ke jeti pulau pinang untuk menaiki cruise semula. Malam nie adalar malam bebas kami, so malam nie boleh tawaf satu cruise tu untuk melihat keseluruhan yang ada, lepas isyak kami turun dinner, dah kenyang makan, terus pergi jalan-jalan sekitar dalam cruise, pergi tengok live show, shopping mall, dan pusing setiap deck yang kami belum pernah sampai. Ternyata memang luas cruise nie, ada Beauty Salon, SPA, Hot Spot Watches & jewellery, Star Boutique, Photo Gallery, Basketball Court, Golf driving, Table Tennis, gym, dan juga Child care.
Puas berjalan, kami pon naik deck 9 untuk supper, sepanjang 4 malam disini, ini adalah malam pertama kami join supper, sebab biasanya lepas dinner dah kenyang, memang tak mampu lar layan supper, tapi sebab malam ni malam last, kena lar try jugak kan. Kitaorang insgat supper tu biasa-biasa jela kan, sebab makan dinner dah habes mewah dah.
|
Seriusnya muka time makan. haha |
Rupanya sangkaan kami meleset, makan supper lagi dasyat dan rambang mata. fuhhhhh ini memang betol-betol percutian mewah sangat nie. Tak sempat rasa lapar sepanjang 5 hari 4 malam disini. Menu yang terhidang malam tu adalah goreng pisang, goreng panas-panas terus boleh ambil, ada juga jemput-jemput pisang, mee goreng mamak, pizza, carbonara, spaggeti, rojak dan pelbagai lagi menu yang mengancam perot! haha, senang cerita kesemuanya sedap-sedap belaka, yang nak jaga makan, ada juga menu sihat disediakan, iaitu salad dan juga buah-buahan.
|
Goreng Pisang panas uols |
|
Supper |
Memang seronok sangat kami malam tu, sambil dibuai-buai angin laut yang sesekali bertiup kencang. Sambil lepak dan makan, aktiviti bergambar, tentu sekali tidak dilupakan. hihi. Malam ini kami tidur agak lewat, nak berpuas didalam cruise, kerana esok dijangka seawal jam 8 pagi Cruise sudah berlabuh di Port Klang.
Malam ni sebelum tido, macam biasalar kaknis telan Herblax 4biji dan extra dosage Ostematrik untuk persediaan awal elak esok bangun pagi kaki sakit bagai kan. Almaklum lar, harini memang puas kami berjalan, suplimen memang sangat membantu kami untuk kekal cegas bertenaga sepanjang hari, kalau tak ambil suplimen, mesti dah sakit-sakit kaki ni, dek kerana aktiviti padat disini.
Tak sabar esok nak jumpa suami dan anak-anak, kita tidur dulu yea, esok sambung lagi kisah di hari terakhir kaknis bersama dengan percutian 5 hari 4 malam ini di Star Cruise Libra ini. Terima kasih sudi baca sampai habes, ada nak tanya apa, bolehlar tulis diruangan komen jika sudi. (:
BACA LAGI, KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan