Rabu, 13 Disember 2017

PENGALAMAN BERCUTI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA - PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG SECARA PERCUMA PART 2

HARI KEDUA - PERJALANAN KE PULAU LANGKAWI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA

Sambungan semalam. Tersedar awal pagi hari ini, bersihkan diri, dan tunaikan kewajipan.Aktiviti hari nie agak padat, pagi ni ada fun aktiviti bersama shaklee, ala-ala tresure hunt gitular. Dan pada sebelah petangnya pula kami akan turun shopping cekelet di pulau langkawi. yeayyyyy
Pagi ini kami diminta memakai t-shirt yang shaklee beri untuk Fun Aktiviti nanti, semua pakai baju sama baru lar cun bergambar kan?

Foto Shaklee Malaysia.
Barisan SID yang layak ke trip shaklee secara percuma

Selesai bersiap, awal kami keluar dari bilik. Sebenarnya rasa tak sabar hendak menikmati angin subuh ditengah lautan dalam (almaklumlar, bukan selalu dapat naik cruise kan, so kena gunakan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin). Semasa naik di deck 9, belum jam 7 pagi lagi, cuaca masih agak gelap, mungkin juga hujan turun  lebat malam tadi, semasa kami dibuai mimpi indah tanpa disedari.
Foto Aynies Anies.
Kebiruan awan kelihatan sangat cantik

Awalnya berhajat hendak pergi ke hujung kapal untuk posing ala-ala TITANIC, tetapi tidak kesampaian nampaknya, sebab angin terlalu kuat dan sangat sejuk!

Dia punye angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah, macam kaknis dan kaksu pon nak terbang sama mengikut tiupan angin kencang itu! 
tapi selamatlar kaknis hang ni berat kan, so rasa masih stabil lagi kat atas tu, walau kena sentiasa menjaga tudung dari terselak. hahaha

Foto Aynies Anies.
Kak su yang comel, dan suke selfie macam kaknis jugak. haha
Foto Aynies Anies.
Angin kuat sangat time ni, nak posing pon rasa tak selamat

Selesai melihat matahari terbit dan ambil gambar sepuasnya, kami turun ke deck 9 (bahagian bawah) untuk menikmati sarapan pagi. Walaupun hanya breakfast, hidangannya tetap tak nak kalah, menu yang disedikan mewah dan perlbagai. 
Semua rasa nak dimakan. Jadinya kaknis ambil lar setiap satu yang teringin itu dengan kuantiti yang sedikit, so dapat lar makan berpinggan-pinggan , tanpa rasa bermengah. hihi

Foto Aynies Anies.
Bersarapan di Four Season

Yang menariknya didalam star cruise libra ini, ada 5 restoren mewah, dan 3 antaranya adalah restoren halal, yang pertama Four Season (yang berada di deck 4), yang kedua Mariners restoren  (deck 9) dan yang ketiga Spices Restoren yang berada di (deck 10), spices restoren ni antara yang paling sedap dan kena dengan tekak kannis, yang lain pon masih sedap juga, tapi yang ni paling terasa setiap hidangannya. almaklumlar, setiap restoren berlainan chef, dan chef semua yang bertaraf 5bintang.
Dan yang menariknya, kami bebas untuk memilih mahu bersarapan dan lunch dimana-mana restoren, mengikut pilihan menu yang berbeza disetiap restoren tersebut. Best sangat kan?

FUN AKTIVITI - TRESSURE HUNT DI ATAS STAR CRUISE LIBRA?


Foto Aynies Anies.
Inilah group kaknis, "Lady Gagah" katanya. hihi

haa, jangan ingat dalam cruise tak boleh buat game yea, memang happy dan mencabar aktiviti kami pagi ni, kami dipecahkan kepada beberapa group, dan diberi sepuluh soalan, dan perlu pergi ke setiap deck untuk dapatkan paswood, lokasi dan juga signature. Maka berlari-lari lar kami untuk mengejar kemenangan. Masa diberi hanya 1 jam, dan hadiahnya adalah semua aktiviti pantai di coral island phuket pada keesokkan harinya nanti.

Antara hadiah yang menarik adalah sea walker, parasiling, zigzag, dan juga banana boat. Kami dari team Lady Gagah dah usaha sebaik mungkin, dan pemenang akan diumum sewaktu dinner "Sarong Nite"malam nanti. Semoga ada lah rezeki untuk kami semua kan? Sebelum terlupa, habes jer kami bersarapan tadi, ada aktivi berzumba sekejap, bagi warm up sebelum memulakan tressure hunt, memang happening.

Foto Aynies Anies.
Dapat Topi Supermom dari super upline kaknis - Master Hadhatina

Foto Aynies Anies.
Pantang jumpa cermin! hahaha
Foto Aynies Anies.
IREACH Family

Dengan President Shaklee Malaysia dan Founder Ireach Family

Selesai Fun aktiviti ini, kami diberi hadiah setiap sorang paper bag, yang berisi topi Shaklee dan juga sebotol Vitamin C Shaklee. Best kan? Shaklee memang suka beri surprise untuk kami. Dah habes program tersebut, kami diminta berkumpul semula ke Deck 5 untuk turun ke langkawi pada jam 3petang. So masa yang ada nie, sempat lar kami mandi, solat, bersiap dan lunch.

Foto Aynies Anies.
Lunch kali nie kami cuba di Spices Restoren (Memang sedap, banyak pilihan ulaman dan sambal belacan pon ada) hihi

Cam biasa, pantang jumpa cermin. haha

Foto Aynies Anies.
Tak sabar nak turun ke Pulau Langkawi

Turun dari Cruise, naik bas pulak untuk dibawa ketempat shopping
Baju size Medina comel-comel belaka

Tak beli pun, tak elok bagi anak gula-gula, baik bagi makan vitamin. haha

kak su shopping pinggan mangkuk?

Rambang mata
Sementara tunggu kawan yang lain habes hopping, lepak tepi jeti sat

Jarang tidak melepaskan peluang

Rooamate kaknis sepanjang 5hari 4 malam
Dah ready nak Dinner "Sarong Nite"

Baju Last minit, Simple je kaknis malam nie
Satay tu sedap sangat!

Kambing Golek! yummyyy
SHAKLEE dari Ais, abes dinner cair lar dia. depan-depan mengerlip sangat tau Ais nie

Okey lar, setakat ini cerita untuk Part 2, tunggu Part 3 pulak yea, nanti kaknis sambung cerita, bila dah sampai  Phuket Thailand. Jumpa lagi, stay tuned, tq sudi baca sampai habes. (:

BACA LAGI DI SINI 

4 ulasan:

  1. seronoknya naik cruise.. Tak pernah merasa lagi. One Day In Shaa Allah..

    BalasPadam
  2. Seronok nya sis..hebatlah trip shaklee nie

    BalasPadam
  3. Seronok nya sis..hebatlah trip shaklee nie

    BalasPadam
  4. Macam mana nak dapat percutian macam ni...

    BalasPadam