Khamis, 21 Januari 2016

TIPS PALING MUDAH, MINUM AIR CUKUP 3LITER SEHARI!

Air kosong, nampak mudah hendak minum, akan tetapi ternyata bukan mudah seperti disangka. Lebih - Lebih lagi, mengikut sukatan keperluan berat badan dan paras air yg setara, dengan berat badan kita.
Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, tetapi bagi mereka yang obesiti, kandungan air dalam tubuh adalah kurang 60% . Jadi pengambilan air yang mencukupi secara konsisten membekalkan tubuh yg cergas, sihat dan mampu mendapatkan berat yang ideal.

(Amalan meminum air putih)

ada yang kata, risau minum air banyak-banyak bimbang akan terjadinya gemok air!
tak perlu risau pon sebenarnya, yang perlu risau, jika kurang minum air, ini kerana badan kita memang memerlukan air yang banyak, perlu diketahui juga, air membantu meningkatkan metabolisme badan, dan bonusnya bila metabolisme meningkat, berat badan kamu akan turun dengan cepat. untungkan?

Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum?

Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan lancar.

Periksa pengambilan air secara detail, berapa gelas sehari @ berapa liter kita dapat minum, ini kerana kadang-kala kita merasakan dan banyak sangat minum air kosong seharian, hakikatnya, 2 liter pon tak sampai. Selain perlu kira air yang telah kita minum, pengiraan liter seharian juga kita perlu tahu. kita perlu minum air kosong, bergantung kepada berat badan seseorang, 25kg perlu minum 1 liter air kosong. lihat contoh ringkas dibawah untuk lebih jelas :-

Fatimah - berat 75kg
1 liter - 25kg
jadi Fatimah perlu minum 3liter sehari!!!!

berapa berat anda?
jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari
untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = ) 

Becerita pasal air, dan ada yang mengadu bimbang jika minum air berlebihan perot akan kelihatan buncit, sebenarnya perkara utama terjadi begitu berpunca dari mereka yang gemar makan bersulamkan air. 
Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba. 

Tips paling mudah latih diri, sampai jatuh cinta dengan air kosong!

  1. Beli botol air yang cantik dan menarik. (bila kita suke botol air tu, akan selalu dekat dengan kita, dan tetiba akan terajin nak minum) hihihi
  2. Beli botol air yang ada sukatan, 1 liter ke, 2 liter ke, 3 liter ke, tepulang kat korang, yang penting bila kita minum, senang kita nak pantau, berapa banyak kita dah perabis. Kalau beli botol 500ml pon best juga, sebab nampak sedikit, dan rasa cepat jer nak habiskan. Dan lepas habis, harus laju-laju topup semula, dan yang penting jangan lupa kira okey!
  3. Air kosong berperisa, tapi nonono air manis hokey, nama pon air kosong kan, jadik perlu suci tanpa warna dan juga manisan, kalau nak ubah selera dari kosong, elok juga letak potongan/perahan lemon, letak beberapa hirisan timun or pape lah yang membantu detox badan juga.
  4. Sentiasa bawa botol air cantik kita kemana saja kita berada. Nak g jalan bawak, dalam kereta bawak, pergi kije bawak. (kalau kat opis letak atas meja tu depan mata, mesti semangat jer nak abeskan) , time lunch bawak juga, dapat berjimat dan elak diri kita mengoder air manis yang berperisa.
(Hirisan Limau+Lemon+Timun, Membantu Menyingkirkan Bahan Toksik)

Tips Paling Mudah, Minum 3 Liter Sehari!

  • Minum 2 gelas air, sebaik sahaja bangun dari tidur dapat mengaktifkan dan mencergaskan organ dalaman. (petua awet muda nie tau, rugi tak ikut, hihihi)
  • Minum air 1 gelas selepas solat subuh.
  • Minum air 1 gelas sebelum mandi.
  • Minum air 1 gelas Selepas mandi dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah.
  • Minum air 1 gelas selepas solat zuhur
  • Minum 2 gelas air 20 minit, sebelum makan, membantu sistem penghadaman
  • Minum 1 gelas air selepas solat asar
  • Minum 1 gelas air sebelum mandi petang.
  • Minum 1 gelas air selepas solat maghrib
  • Minum 1 gelas air selepas solat isyak
  • Minum 1 gelas air sebelum tidur, mampu menggelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam.
institute of Medicine menyatakan bahawa keperluan air orang dewasa lelaki antara 3liter atau setara dengan 13gelas air, bagi wanita dewasa antara 2.2liter setara dengan 9 gelas air setiap hari.
Tips diatas cukup kita minum 13 gelas sehari dengan mudah!

10 Kesan Buruk Kurang Minum Air Kosong!

  1. Lemah daya ingatan/mudah lupa dan keliru.
  2. Lesu pada waktu siang hari.
  3. Mudah Sakit Kepala.
  4. Memperlahankan kadar metabolisme badan. (berat badan sukar turun)
  5. Dehidrasi (tubuh akan mengalami dehidrasi menyebabkan cairan diotak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir keotak berkurang. Akibatnya sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
  6. Darah menjadi lebih pekat.
  7. Degupan jantung semakin meningkat.
  8. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
  9. Menganggu fungsi ginjal, ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. (minum air secukupnya maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing)
  10. Kulit menjadi kusam, ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari dikulit juga tidak maksimal.
(Jom Minum Air Secukupnya Bermula Harini)
Jom kita amalkan minum air yang cukup dari sekarang, tengoklar kesan buruk akibat kekurangan air dalam badan, ia sangat mengerikan! Dan bagusnya bila ambil supelement, dan dapat minum air yang cukup, suplement mudah bekerja, dan kita akan dapat, kesan yang cepat dan menyeronokkan! Kulit pon boleh jadi lembab je tau bila minum air cukup, dan yang penting kurang berisiko menghadapi strok haba!

JOM SHARE, JIKA BERMANFAAT.

aynieshappymom.blogspot.com
anies 017-7061908

4 ulasan:

  1. Awesome tips!
    http://ainaez.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Tq... tips yg sgt bagus... 3 liter sehari, yakin boleh...!!!!! 💪🏼

    BalasPadam
  3. Tips yg sungguh berfaedah...
    Semoga Allah merahmatimu...

    BalasPadam