CERITA PENUH PERCUTIAN PERCUMA BERSAMA SHAKLEE DARI PORT KLANG-LANGKAWI-PHUKET-PENANG-PORT KLANG
Bismillah
Bismillah
sudah beberapa minggu berlalu, akan tetapi kenangan indah ini masih segar dikotak memori dan masih terkesan dihati sanubari. Tetapi sebelum kenangan indah ini makin pudar dari ingatan kelak, eloklar kaknis bicarakan disini, untuk kenang-kenangan, dan kongsikan kepada semua kenangan manis, sepanjang pengalaman indah, percutian 5 hari 4 malam, diatas kapal mewah ini.
mana tahu ada yang bercadang nak bercuti diatas cruise juga kan, dapat lar membantu serba sedikit info yang bakal kaknis share sepanjang berada disana. insha allah
Star Cruise Libra - percutian 5 bintang, percuma sepanjang 5hari 4 malam |
22 Nov 2017
Hari yang dinanti telah pun tiba, bermular percutian secara percuma sepanjang 5hari 4malam, yang ditaja oleh shaklee sepenuhnya. Diatas pencapaian pengumpulan point keatas semua SID shaklee, yang benar-benar komited dalam bisnes masing-masing sepanjang tahun 2016.
Bye-bye Medi, duk dengan papa dan abang-abang leklok tau. Kasi can mami ber Me time sesekali yea. |
Seawal 7.30 pagi dah bergegas ke airport, sebelum tu uruskan hantar 3 orang anak yang bersekolah dahulu, pang pung pang pang, lebih kurang 8.30 pagi juga baru sampai di Airport Senai, check in lebih kurang jam 10 lebih, dan selamat sampai di KLIA 2 lebih kurang jam 12 tengah hari.
Sampai KLIA 2, jumpa kaksu yang datang dari melaka. Dialar bakal rooamate kaknis sepanjang disana nanti |
kami dimaklumkan, pihak shaklee akan menjemput kami, pada jam 4petang, dan diminta kumpul di level 1. Sampai KLIA 2 masih awal lagi, sempat kami makan, jamak solat zuhur dan asar, dan sedang-sedang waktunya jam 3.30 kami dah berkumpul dan mandaftar diri.
perjalanan dari KLIA 2 menuju ke port klang, ambil masa yang agak lama juga, sempat lar kaknis terlelap kejap. Setengah jam sebelom kami sampai, kami diberi tag nama, kunci bilik, dan juga wang untuk makan/kegunaan semasa aktiviti bebas. (Kalau ikut jadual, semasa dipenang kami ada aktiviti bebas, makan-makan, dan shaklee awal-awal dah beri duit makan untuk dipenang nanti) baik kan shaklee? hihi
Diberi Tah yang tertera nama sendiri, dan dapat duit kocek sekali tau. Tq shaklee |
Sampul duit pon lawa bebenau |
sampai di port klang lebih kurang jam 6 petang, banyak urusan nak di settlekan, termasuklar penyerahan pasport (sebab kita akan pergi ke phuket) jadi proses tu agak leceh, tapi kami bernasib baik lar pergi dengan trip shaklee, hanya lalalala sahaja, dan kesemuanya pihak shaklee yang uruskan.
Sambil tunggu pengurusan shaklee, sematlar kami selfie dan wefie |
Selesai semua urusan, kami melalui jambatan jeti untuk naik ke cruise, teruja sangat-sangat bila nampak luaran kapal itu sangat besar, nampak macam hotel bergerak pon yea, almaklum lar, ada 10 deck didalam cruise tu uii. besar tak besar lar kan.
Nak tunjuk kain rentang kaler merah tu, tapi gelap pulak gambar nie. hihi |
kami diminta masuk ke bilik, dan terus dinner di deck 9, time tu, excited sangat nak masuk bilik, yelar first time kot naik cruise, boleh bayang, mesti biliknya comel sahaja. menuju kebilik kami, haruslah kasi posing satu kali kan. kaknis berkongsi bilik dengan kak su yang berasal dari melaka, dan kami dibawah satu group yang sama, GMF team.
Masuk jer bilik terus dapat surprise, Tumbler shaklee sorang seketoi |
Comel jer nilik kitorang kan? yang penting pink kaler uols haha |
Jarang lepaskan peluang bergambar dengan cermin |
teruja bila masuk bilik, walaupun comel, tapi lengkap semua dalam tu, astro ceria pon ada tau. haha
letak segala barang, kami terus menuju dinner pertama kami, masa nie memang memasing sangat lapar, dan hidangkan yang disediakan , mewah-mewah belaka, sampai nak meletup perot kami. hahaha..malam tu juga ada bbq, dan memang tak kedekut semuanya, hulur sahaja pinggan, udang besar-besar dua senduk dia letak, terkejut kaknis (banyak nya weii, mana larat nak makan) dah lar banyak lagi hidangan lain, memang mengah nak kasi habes, lastnya tak habes juga.
Dinner ditepi Swimming Pool |
Pinggan pertama jer berjaya dis snap, selebihnya tak sempat dah, laparrrrr |
perot dah kenyang, kembalilar kami ke dalam bilik memasing, sampai dibilik ada pula fire drill, bergegas lar kami kesana untuk turut serta, sangat penting fire drill nie, sebab jika berlaku kecemasan ,kita tahu macam mana hendak bertindak. dengar penerangan dengan teliti dan teruja dengan apa kaedah dan bot-bot kecil yang akan membawa kami, jika ada musibah. yelar, malang tak berbau kan, apa-apa pon nak kena bersedia, kita ditengah laut yang luas, pokok pon tak nampak bayang. apatah lagi tanah.
settle semua, bersihkan diri, tunaikan yang wajib, dan beradular kami berdua dengan nikmatnya, sebelum tu sempat makan vitamin c, yelar makan seafood dasyat sangat tadi, walaupun tak kalah dengan seafood, tapi kita kena kuatkan dulu imun tubuh sebelum virus selsema menyerang, dan kaknis ambil juga extra dosage ostematrik, sebab aktiviti esok, perluka kami jalan-jalan, dan kalau kaki dah sakit, tak dapatlar nak berjalan sakan, rugi la macam tu kan?
Walau dimana berada, suplimen shaklee mesti bawa dan makan dengan konsisten. Barulah tubuuh sentiasa kekal cer bertenaga. |
masa kami sedang tidur lena, cruise sedang dalam perjalanan ke pulau langkawi, tak sabar rasa nak shopping cekelet untuk anak - anak pada keesokkan hari, dan sebenarnya ada banyak lagi gambar menarik yang kaknis nak share tau, stay tuned untuk next entry PART 2 pula k, thanks sudi baca sampai habes (:
BACA LAGI, KLIK SINI
- PENGALAMAN BERCUTI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA - PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG SECARA PERCUMA PART 1
- PENGALAMAN BERCUTI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA - PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG SECARA PERCUMA PART 2
- PENGALAMAN BERCUTI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA - PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG SECARA PERCUMA PART 3
- PENGALAMAN BERCUTI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA - PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG SECARA PERCUMA PART 4
- PENGALAMAN BERCUTI MENAIKI STAR CRUISE LIBRA - PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG SECARA PERCUMA PART 5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan