PENGALAMAN 3 BULAN SEBELUM DISAHKAN MENGHIDAP SAKIT BATU DALAM HEMPEDU
Sejak abah alami sakit batu dalam hempedu beberapa bulan lepas, kaknis banyak belajar benda baru. Penyakit batu dalam hempedu ini adalah sejenis penyakit yang senyap tetapi sangat berisiko. Setiap kali berpeluang berjumpa dengan doktor, pelbagai soalan kaknis ajukan untuk rujukan sendiri. Walaupun sakit batu hempedu ni tidak nampak terseksa diluaran, kami tetap risau dengan keadaan abah.
Awalnya kami menyangka abah terkena gastrik, selalu rasa pedih ulu hati, tak sedap badan dan kerap demam pada waktu senja, sudah berulang kali kami bawa ke klinik swasta, doktor juga membertahu perkara yang sama iaitu gastrik, dan tetap dibekalkan ubat yang sama, seperti ubat kapur, ubat angin dan ubat tahan sakit. Tetapi keadaan abah tetap sama, walaupun tidak nampak teruk, tetapi dengan usia abah yang dah berumur, kami jadi agak bimbang. Abah sebelum ini tidak pernah ada serbarang sakit yang teruk, bacaan darah tinggi normal, bacaan kolestrol juga bagus, dan langsung tiada masalah gula dalam darah. Abah juga seorang yang cergas, boleh kemasjid setiap hari dengan menaiki motorsikal.
Melihat abah yang tiada perubahan, kami sepakat untuk bawa abah pergi ke hospital, keadaan abah masa tu, biasa-biasa sahaja, boleh berjalan sendiri, cuma kerap demam pada waktu malam. Sampai dihospital, jururawat mengambil tekanan darah, dan juga ambil sample darah beberapa botol untuk ujian makmal bagi mengesan penyakit dengan lebih tepat. Setelah lebih 2jam menunggu, akhirnya abah dipanggil untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Doktor beritahu, mata abah kelihatan kuning, dan bacaan darah abah juga tidak cantik, bacaan kuning agak tinggi, dan hati abah ada tompokkan nanah disekitarnya. Abah tidak dibenarkan pulang, dan perlu ditahan di ward untuk rawatan selanjutnya.
Masa dapat tahu tu, memang rasa terkejut, sangkanya mungkin ada jangkitan kuman yang buat abah kerap demam pada waktu malam, rupanya ada sakit yang nampak tidak serius, tetapi berisiko tinggi. Keesokkan harinya, abah dibawa untuk lakukan CT scan. Dan keputusan keluar lebih kurang 2 jam, dan doktor mengatakan, disaluran antara hati dan pundi hempedu, ada batu yang tersekat. Itu menyebabkan hati tidak dapat berfungsi dengan lebih baik, dan bacaan kuning abah tinggi. Syukur lar kami tergerak untuk bawa abah ke Hospital.
Keesokkan harinya abah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk lakukan skop, bagi mengeluarkan batu hempedu yang tersekat tadi. Sampai di HSA, abah di minta berpuasa sepanjang malam, bagi memudahkan skop dilakukan pada esok hari. Skop seakan pensil panjang dimasukkan kedalam perot dengan bantuan kemera kecil, doktor berjaya masukkan satu tiub, betujuan bagi memudahkan proses pengeluaran batu yang akan dilakukan selepas sebulan nanti. Selepas berjaya masukkan tiub tersebut, keesokkan hainya abah dibenarkan pulang kerumah, dan perlu datang semula lagi sebulan mengikut tarikh temujanji yang diberi untuk proses mengeluarkan batu yang tersekat disaluran antara hati dan pundi hempedu tadi.
Semasa di hospital sulatanah aminah untuk rawatan Skop |
pulang kerumah abah kelihatan sihat, normal macam sebelum nie, tiada demam, dan selera makan juga sangat memberangsakan. Kami berasa sangat lega dan gembira. Walaupun batu masih ada didalam, tapi keadaan abah nampak baik dan boleh kemasjid dan lakukan rutin harian seperti sedia kala. Akan tetapi, kusangka panas sampai ke petang, ruupanya hujan ditengah hari.
7 november 2017, hari abah diminta untuk masuk keward semula, esok akan dilakukan rawatan menggunakan skop bagi mengeluarkan batu tersebut. Alhamudulilah, keesokkan harinya, selepas lebih kurang 2jam didalam bilik skop, abah keluar dengan keadaan mamai, tapi terpancar wajah kegembiraan. Doktor menerangkan batu yang tersekat sudah berjaya dibawa keluar, akan tetapi, batu yang masih ada didalam hempedu abah, agak besar dan banyak, abah terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang hempedu tersebut.
Tetapi tidak boleh terus buat, ini kerana kes ini agak banyak dan perlu menanti tarikh yang ada kekesongan dan mengikut tarikh temujanji yang diberi. Keesokkan harinya abah sudah boleh pulang kerumah, kami menyangkakan bila batu yang tersekat tadi dah keluar, abah akan sihat seperti sedia kala. Tetapi sangkaan kami meleset, bila abah semakin hari semakin lemah. Selepas 3hari pulang kerumah, abah semakin lesu, hilang terus selera makan, sentiasa demam, dan hanya mampu terbaring. Kami sepakat untuk bawa abah semula ke hospital, jika boleh masukkan air untuk abah kembali bertenaga mungkin abah boleh kembali cergas, tapi doktor beritahu, itu semua keadaan normal bagi pesakit batu dalam hempedu. Abah hanya dibekalkan panadol untuk tahan sakit. Dan temujanji berjumpa dengan doktor untuk pembedahan diberi pada 31 december 2017.
Melihat keadaan abah setiap hari hampir tiada beza, makan bubur juga perlu dipaksa, bercakap sudah tidak larat badannya semakin lemah dan lesu. Kaknis mencari info di goggle, membaca rata-rata pengalaman mereka yang alami sakit sama seperti abah, memang tidak mampu menunggu lama, dan terpaksa serah diri kehospital swasta untuk dipercepatkan tarikh pembedahan. Tetapi yang merisaukan kami, jika keadaan abah lemah sebegini, doktor pon tidak akan bersetuju untuk lakukan pembedahan, dengan risiko umur abah yang sudah 75 tahun ini.
kaknis terus hubunggi pakar nutrisi shaklee untuk dapatkan khidmat nasihat. Pakar nutrisi shaklee iaitu puan sarah menasihatkan mengambil Vivix shaklee, iaitu suplimen yang mampu beri tenaga kepada sel, dan dia juga mencadangkan untuk ambil bersama DTX Complex dan juga Lecithin (Set Batu Dalam Hempedu). DIa juga berpesan agar makanan yang bersanta, kolestrol tinggi, makanan berminyak ellakkan makan dengan tujuan, tidak membebankan fungsi hempedu tersebut untuk bekerja keras. Keesokkan harinya, kaknis terus berikan abah sebotol Vivix, abah makan tanpa bertanya, mungkin masa tu nak cakap pon dah tak larat, asal ada ikthiar untuk sembuh, diturutkan sahaja.
Hari kedua makan vivix, abah nampak lebih segar, dah boleh duduk, dan bercakap-cakap dengan cucu, kalau sebelum nie hanya baring melepek, ini tidak lagi. Hari demi hari abah nampak makin sihat, dah mula keluar rumah ambil udara segar katanya, dah lama asek terperap dalam rumah, nak paksa kelaurkan diri, tak mampu, sebab badan rasa terlalu lemah. alhamdullilah memang ketara berbeza keadaan abah selepas amalkan vivix shaklee, atas izin allah beri abah kesembuhan.
Semalam, genaps sebulan abah makan vivix. Abah ikut kaknis pergi ke branch JB, kebetulan mahu melawat biras kaknis yang kemalangan dua hari lepas, jadi abah pon ikut sekali untuk melihat menantunya, dah alang-alang sejalan, singgah branch shaklee sekali untuk ambil vivix promosi dan vitamin lain untuk customer kaknis.. Abah melihat banyak plastik yang kaknis bawa, bertanyakan apa isi didalamnya, kaknis tunjukkan kat abah vivix berbotol- botol, terus dia kata, vivix abah tadi pagi last makan, bagus lar vivix nie, abah dah rasa kesannya. Abah terus bercerita dengan rancak, abah rasa badan abah segar dan sihat selepas makan vivix ni, abah dah boleh bawa motor, dah takde rasa sakit dada, dan selera makan abah juga semakin baik dan boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa.
alhamdullilah, lega rasa hati ini mendengar. Bila abah dalam keadaan sihat macam nie, jika tiba tarikh pembedahan nanti, kami kurang rasa bimbang. Dan fungsi vivix juga selain renew sel, ia sangat-sangat membantu membaik pulih luka dengan cepat. Sampai je rumah, kaknis terus berikan sebotol vivix pada abah, sungguh-sungguh abah ucapkan terima kasih berkali-kali. Doakan abah kaknis terus sihat yea, walaupun kaknis hanya menantu, tetapi kasih sayang dengan abah kandung dan juga abah mertua langsung tiada bezanya.
terima kasih sudi membaca pengalaman ini, jika ada masalah yang sama, dan mahukan set hempedu shaklee, boleh hubunggi kaknis ditalian tertera di bawah.
Baca sini
Menghilangkan Batu Hempedu Dalam 12 Jam Tanpa Pembedahan!
BalasPadamSelamatkan diri anda dari berjam-jam kesakitan yang menyeksa, disebabkan oleh serangan pundi hempedu sebelum ia berlaku!
Hanya 12 Jam Sahaja diperlukan untuk Membuang Batu Hempedu!
Detoksifikasi badan anda dari batu hempedu dan lindungi kesihatan anda!
Lihat Hasilnya dalam masa 12 jam dengan mata anda sendiri!
Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Ada Hasil!
Hubungi Kita Sekarang Untuk Mencegah Dan Menyelesaikan Masalah Batu Hempedu!
Tel No: 01159999768
WhatsApp: 01159999768
Halaman FB: Myrogen