Ahad, 6 November 2016

RUMAH RAKIT MEMANCING, ADA CHALET BERSIH DENGAN HARGA MURAH

Hari minggu nie kebetulan cuti sempena hol almarhum sultan johor, jadi seronok lar sebab anak anak dan papanya cuti skali, kalau tak memang susah nak bejalan. Sampaikan dari bulan lepas berangan nak staycation kat hotel sempena birthday mami, tapi sampai kesudah nya tak jadi, bila bebudak free papanya bz, bila papanya free, anak-anaknya pulak bz sekolah, mami jer yang free sebab kerja jual shaklee cuma dari umah jekannn. hihihi
.
harini sebenarnya takde perancangan kemana pon, cuma nak pegi COD vitamin customer jer kat tesco, customer ni amek set kehamilan untuk isterinya, ingat yang PM kita tu isteri dia, dah jumpa, rupenye suaminya, nasib lar tak bersayang sayang dalam whatssap dengan customer. kalau tak mesti malu besar. hahaha
dan biasanya kalau dah sampai tesco tu, haruslar cuci mata sekalikan. yang ni aktiviti wajib kitaorang :P

Kebetulan Keluar awal harini, ondway pulang kerumah, macam biasalar bebudak bijak ni punye soalan,nak pergi mana? tanya berulang kali,  kalau boleh taknak balekkkk. husb pon plan jom lar lepak tepi pantai, sambil mancing, tapi bawak bekal ckit lar, cam best jekan, ala ala bekelah gituuuu, ai pon on jelar.

(PEMANDANGAN YANG TENANG DAN AINGIN LAUT SEPOI SEPOI BAHASA JER)
Sebelum balek singgah kedai runcit depan umah, beli mee dan rencah2 sikit, balek rumah laju laju masak, settle masak, zuhur, terus gerak lar kami anak beranak. Plan nak pegi dekat - dekat jelar kan, malas nak buang masa atas jalan. Nak mancing kang kena tunggu lagi..kul bape nak balek nya? Hihihi

Dan bergerak lar kami menuju ke pasir layang. (jalan menghala ke yoyo rakit) .  Jalan punye jalan, rupenya jalan ke empangan untuk ketepian pantai tu dah tutup.. Dah tak boleh masuk, sebab dah jadi tempat persendirian. Sebenarnya sebelum sampai kesini tadi, ada perasan singboard "ANAK SEDILI RAKIT", jalannya agak cerun sedikit, rasa macam tak ok je.., tapi tak pelar, husb kata bia dia turun dulu, kalau ok baru turun semua, lagi pon kalau tak jadi pergi macam kesian pulak kat bebudak ni yang dah over excited ni ha.

Tapi rupenye memang pilihan yang tepat, bukan setakat ada rakit tempat memancing, tapi ada skali chalet untuk melepak.
alahai, elok sangat lar tue, bolelar mami lalala atas katil dengan medina sambil tunggu 4hero tu memancing. 
Kami bercadang nak stay sampai malam je, tak tido situ pon, sebab esok bebudak nie sekolahkan, tapi amek gak bilik, boleh jugak relex dan medina lebih selesa kalau nak menyusu dan tidur.

Harga bilik sehari semalam hanya RM60 sahaja, bilik yang comel, ada 2 katil single  @ boleh pilih katil queen 1, ada kipas dan juga bilik air bermozek yang bersih. Katanya 3bilik sederet yang kami sewa nie, baru ciap tahun nie, memang nampak baru dan masih cantik.

( KAMI AMEK BILIK  YANG ADA 2 KATIL SINGLE, SORRY GAMBAR BILIK PENUH TERLUPA NAK SNAP)
Rakit dibahagian sebelah chalet kami, ada sebiji rumah dan ada 2bilik didalamnya, yang ni memang sesuai lar untuk mereka yang nak datang ramai ramai dengan family. Rumah sebiji tu cuma berharga 120biji sahaja untuk sehari semalam.

lepas dah buat bayaran dan ambil kunci bilik, husb sebok layankan bebudak yang dah tak sabar sangat nak memancing nie, pasang umpan, semua baling joran dengan muka teruja (bajet ikan terus makan umpan dia lar tu) hahaha
dan mami pon terus keluarkan bekalan mee goreng, air masak , popia basah (beli kat tesco tadi) dan juga ESP shaklee, haaa yang nie memang tak boleh nak tinggal. hihihi

( MEE GORENG EXPRESS )
Yang paling menarik hati kami tuan dan puan empunya chalet, orangnya baik hati dan peramah sangat. Jadi memang senang la berurusan, disebabkan kami cuma nak stay sampai kemalam sahaja, tuan chalet hanya kenakan bayaran rm30 sahaja. itu pon macam-macam dia offer kami, nak guna cerek ke, kuali ke bagi tau jer, nanti dia hantar. 
(dekat ruangan legar depan chalet tu, ada disediakan kerusi meja untuk lepak santai, dapur masak dan juga tong gas, kot dapat ikan terus nak masak ke kannnn, dan ada juga tempat BBQ, haa yang nie kalau nak dtg dgn kengkawan, ngan family ke, memang best lar bole bbq sambil santai-santai ambil angin laut.

( ADA MEJA DAN KERUSI, DAPUR GAS, DAN JUGA TEMPAT BBQ )
Cuaca petang tadi alhamdulliah elok sangat, bebudak nie pon memang excited habesss dengan joran memasing, almaklumlarkan biasa nampak papa dia mancing bawak ikan besar - besar, masing masing semua nak test power, tapi tak power pon. hahaha

( ISI PEROT DULU )
Sampai dah ke maghrib masih tak dapat ikan, suruh dorang masuk dulu maghrib, mandi dan lepas tu memasing tak sabar sangat dah nak menyambung menarik joran. bagi can lar sampai pukul 8 suku, dan mami pon terus sesiap kemas, dan pulanglar kami kerumah. Masing masing kalau bole tak nak balek, tak puas katanya, plan nanti cuti skola dah mula, bolehlar bawa dorang kesini lagi. BBQ sekali ke kan...mesti best!

Yang plan nak staycation @ memang mencari port memancing dan melepak bersama anak bini, memang sesuai sangat kesini.
Boleh terus hubunggi empunya rakit ini di talian dibawah. Jangan cari kita pulak, kita just sharing je port baik tuk korang, kalau nak cari shaklee baru call kita hokeyy.  Hihihi

( RAKIT ANAK SEDILI )

RAKIT ANAK SEDILI
(pusat memancing, chalet & atv)

En leman (call) 013-7216727
En leman (whatsapp) 011-10926729

No 16, jalan makam,
sungai layang,
81800 ulu tiram,
Johor

( ADA 3 TEMPAT CHALET KAT SINI, BUKAN 3 KETOI BILIK NI JETAU )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan