Selasa, 15 Julai 2014

segalanya tentang SHAKLEE


SEJARAH KEWUJUDAN SHAKLEE


Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.

Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu
jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee

SIAPA DR SHAKLEE FOREST?


Picture

Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu
lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan
masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan 
falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam
semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun,
beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan
baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi
sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan
semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses
gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia
menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan
Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara
begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat
di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk
memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang
mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk
diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan
dermawan seperti Shaklee Cares.

Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee
(Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.
Kisah Dr. Shaklee

Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun
1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya
kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan
kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah
kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta
kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan
Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan
Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan
jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee
"Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu
kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang
mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan
dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan
lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti
ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.

Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan
pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal
berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra
dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya,
termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun
1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan
Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan
Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan
sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan
yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam
beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America,
 Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan,
kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah
meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat
di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan
sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini
adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin
yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

APA SUPPLEMENT PERTAMA SHAKLEE?



Vita-lea adalah multi vitamin dan mineral PERTAMA DCIPTA DI DUNIA. Mula dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”. Perkataan vitamin yang disebut kini berasal dari Shaklee.
=> 90 tahun dulu, Vita-lea berbentuk cecair. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya kepada tablet.
=> Pusat Sains di Amerika Syarikat telah memilih VITA-LEA sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
=> Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disaran oleh RDA. Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
=> Disaluti dengan serbuk spirulina. Juga dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.
=> Tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan PROTIN untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.
=> Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan VITA-LEA SELAMA SETAHUN boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Vitalea Multivitamin Terbaik didunia
SIAPA ROGER BARNET?


Roger Barnett merupakan seorang bilionnaire muda berusia 49 tahun  yang berjawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Shaklee Corporation. Shaklee adalah satu syarikat besar yang ditubuhkan pada 1956 dan menduduki carta no 1 dalam industri pemakanan semulajadi dan produk pembersihan hijau (mesra alam) di Amerika Syarikat. Mempunyai lebih 1.2 juta ahli dan pengedar di Amerika Syarikat, Jepun, Mexico, Malaysia, Kanada, Taiwan, China dan terbaru pasaran Indonesia.
Roger Barnett memulakan kerjayanya di firma perbankan pelaburan Lazard Freres & Co. Beliau kemudian menganjurkan kumpulan pelaburan untuk mengambil alih kawalan daripada Arcade, Inc, yang berubah menjadi syarikat pensampelan yang terbesar di dunia, berkembang daripada operasi semata-mata AS ke perniagaan global. Beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Beauty.com, yang terus menjadi salah satu daripada peruncit internet utama dalam industri kosmetik.
Roger Barnett menerima ijazah sarjana muda dari Yale College (Summa Cum Laude), ijazah undang-undang dari Yale Law School (Editor Kanan, Yale Law Journal), dan MBA dari Harvard Business School.
Roger Barnett telah dipilih sebagai Ketua Global bagi Esok oleh Forum Ekonomi Dunia (Davos). Beliau juga telah dipilih sebagai Ketua Muda Fellow Jawatankuasa Kebangsaan AS-China Perhubungan dan merupakan ahli Pertubuhan Presiden Young. Selain itu, Roger Barnett berkhidmat sebagai ahli di Harvard dan Yale Sekolah Kesihatan Awam Majlis Kepimpinan, Majlis Universiti Yale Presiden pada Aktiviti Antarabangsa, Lembaga Pengarah Yayasan Elie Wiesel for Humanity, Lembaga Penasihat 2004 Nobel Peace Laureate The Green Belt Movement Wangari Maathai, Lembaga Pengarah Pengarah Sekolah Bandar San Francisco, dan Lembaga Pemegang Amanah Seni Halus Muzium Yayasan San Francisco.
Beliau membeli Shaklee pada 2004 kerana beliau suka dan yakin dengan konsep pemasaran serta percaya ia adalah MASA DEPAN.
APA VISI SHAKLEE

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Shaklee juga merupakan syarikat nutrisi semulajadi no.1 di Amerika Syarikat.

Pada tahun 

1915 - Memformulasi Vitamin Vitalived yang pertama
1956 - Menubuhkan Shaklee Corporation
1960 - Mencipta antara pencuci biodegrasi yang pertama

PERBEZAAN SHAKLEE. Selamat Secara SEMULAJADI, TERBUKTI BERKESAN Selama Lebih 50 Tahun

3 Elemen penting dalam Shaklee adalah 





OTHERS INFO

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 


Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah
membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi.
Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami,
terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan
pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian
berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu
produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan,
phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana,
atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna,
tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.
Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami
adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun
asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti
bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan