Jumaat, 24 Februari 2017

TIPS PEMBAHAGIAN DUIT GAJI / INCOME MENGIKUT 7 JAR SYSTEM


Alhamdullilah, diam tak diam, dah 12hari kita berada ditahun baru, dan anak-anak pon dah 10hari bersekolah. 

Tahun 2017 ini berazam untuk lebih banyak menyimpan, dan mahu bertaubat dari perangai buruk masa lalu, iaitu kurang merancang strategic kewangan 😇

Untuk tahun ini, awal-awal mami dah sedia tabung saving anak-anak dan juga tabung sendiri. Tabung pon guna bekas-bekas shaklee je, kata tak nak membazir kan? 😅

Sebelum ni just ada 3tabung sahaja.
Tapi untuk tahun 2017, mami dah ready 7 tabung. Dan Kali ni kena lebih displin mengikut % yang telah dibahagi-bahagikan sesiap sebelum terima bonus pada pertengahan bulan ini.😍

7 jar system ni InsyaAllah sangat membantu dalam pengurusan kewangan kita. Jom mami terangkan details untuk korang nampak lebih jelas. Dan bolehlar tiru jika kita sama tujuan 😌

1👛 (NEC) 50% daripada gaji
necessity iaitu tabung utk benda keperluan dan belanja harian, bil-bil, anak-anak

👛 (EDU) 5% daripada gaji
education iaitu tabung utk pembelajaran, buku, kelas, majlis-majlis ilmu.

👛 (LTSS) 10% daripada gaji
long term saving for spending Iaitu tabung utk sesuatu yang besar, sebagai contoh, nak beli rumah ke, nak beli tanah ke, nak beli kereta.

👛 (FFA) 5% daripada gaji
financial freedom iaitu tabungan utk hari tua nanti bila kita dah tidak mampu nak cari duit lagi. 

👛 (PLAY) 10% daripada gaji
Leisure iaitu tabungan utk buat apa yg kita suka, hobi kita ke, shopping ke, travel ke

6👛 (GIVE) 10% daripada gaji
charity iaitu tabung utk kebajikan dan sedekah untuk saham akhirat kita kelak.

👛 (PARENTS) 10% daripada gaji
ibu bapa iaitu wang bulanan utk ibu bapa kita walaupun kita rasa mereka dah kaya. Kita juga boleh sedekahkan bagi pihak mereka sekiranya ibu bapa sudah meninggal dunia

Nampak lebih tersusun kan? 
Sebaiknya sebelum kita masukkan duit gaji @ bonus bisnes, langsaikan lar dulu hutang piutang yang kita ada😇

Lepas settle semua boleh lar masukkan duit lebihkan kita tu ke 7 jar yang kita sediakan tadi.
Ehh, kena mula dari sekarang tau, sebab kalau nak tunggu duit banyak baru nak mula Memang tanggg tue jelar duit kita tu nanti 

Foto Aynies Anies.
( TABUNG ANAK - ANAK )














Tiada ulasan:

Catat Ulasan