Isnin, 18 Januari 2016

kisah sadis, jatuh masuk longkang!

Assalamualaikum, salam tengah malam.
anak-anak dah tido, mami pon tadi dah terlelap kejap, ni bangun balek duk menghadap blog. Nak cerita pasal minggu lepas, ariq demam disebabkan cuaca terlampau panas beberapa hari yang lepas.

korang Perasan tak, cuaca sekarang nie, panas dia len macam, dari sumber berita mengatakan akan berlarutan sehingga bulan MAC! fuhhh.... yang duduk dalam rumah ni pon, kipas sana sini bukak masih terasa bahangnya, apatah lagi bebudak yang sekolah sesi petang, orang yang berkerja diluar, kontraktor buat jalan raya tu lagilar, adoidoidoi, tak sanggup rasanya.
Image result for gambar panas cuaca kipas
(very hot!!!)
nak cerita pasal ariq sebenarnya, hari tu, masa minggu pertama persekolahan bermula, ariq balek sekolah asek mengadu panas jer kat sekolah (yelar kan, dia tu mana nak reti duduk diam, kompem lar time rehat pukul 3 tu, satu skola dia tawaf! paham no mami) katanya bebotol-botol minum air, haus jer mami. Kepala pon pening, mami belikan performance drinks larrr

adalah 2 3 kali dia cakap macam tu lepas balek sekolah, sebok sangat nak bawak bekal air performance drinks, tapi mami buat dek jer, sebab stok kat dalam almari dah habis, memang dah plan dah, pergi shaklee restock vitamin customer, nak beli performance drinks tu sekali, tekak nie pon sebenonya teringin jugakkkk, asek tengok gambar je, tak tahan jiwa meronta, hahaha
panas-panas lepas masak, buat performance drinks, letak ais, perrhhhhhh, memang terangkat beb! serius memang sedap dah puas!
ehh..mami dia pulak yang over ekk..hahahaha

(tengok gambar pon dah telan air liuq..hihihi)
hari rabu lepas, balek sekolah mengadu kepala pening, ingatkan pening biasa biasa jelar kan, rupanya dia pening sampai terjatuh masuk longkang. (dia tak cerita, sepupu dia yang bagitau) haishhh.. sabo jelar mami tauu. dah lar dia tu besar, jatuh masuk longkang gedebuk, alahai, kesiannya anak mami. :( 

dia cerita, lepas rehat tu, masuk kelas, rasa panas sangat, kepala pening, badan melayang, sampai nak termuntah, tapi tak muntah...dia kata  dia baring kejap kat meja, sebab kepala kepala pusing. Bayangkan lar haba panas meresap kat kepala sampai tahap gitu sekali kesannya. tanda-tanda strok haba semua ada tu! alahai, risaunyee mami

malam tu badan mulai panas, lepas makan, terus tido.
keesokkan paginya, nak kejut subuh rasa badan dia panas sangat, demam terus rupanya, lepas aaron pergi sekolah, terus bawa dia ke klinik, 
tinggi panasnya, doktor pesan memang musim demam sekarang nie, dengan cuaca yang sangat panas, sebaiknya elakkan aktiviti diluar. 
Tapi nak buat macam mana kan, dah memang kena pergi sekolah, dan waktu rehat dia punye berpanas macammne pon mami tak boleh nak tengokkan, jawabnya lepas nie mami tak bole culas bawakkan performance drinks setiap hari supaya dia tidak dehidrasi. Bahaya tau sebenarnya dehidrasi, nampak macam benda remeh, cuaca terlalu panas dan berisiko tinggi, terkena stroke haba juga, yang ni lar paling ngeri! dan semua orang berisiko, jangan ambil ringan masalah begini tau, lebih-lebih lagi memang yang bekerja dibahagian luar,

pastikan minum air kosong secukupnya, jangan sampai dehidrasi, kalau tak lalu nak telan air kosong, atau minum air kosong, tapi rasa tak puas, mami cadangkan amek air performance drinks nie,
bancuh siap-siap dalam esbok 1 botol besar, esok pergi kerja boleh bawak bekal.
nyaman bak hangggg, eh ibu mengandung pon elok minum juga tau, yang bagusnya minum PD nie, takde sangat lar rasa nak terkucil macam kita minum air kosong (asek lar kije nak ketoilet kan, lelagi yang tengah sarat mengandung tu) seksa je rasa..hihihi

eh,bukan promot gegila performance drinks nie bukan sebab mami jual semata, sebenarnya memang banyak khasiat PD nie, dah alang-alang cerita pasal ariq ni kan, meh mami cerita sekali kelebihan air oren sedap, kuasa luar biasa nie. Performence drinks atau lebih mudah disebut air PD nie membantu mengekalkan bendalir didalam badan kita. Jadik bila minum, badan kita tidak akan mengalami dehidrasi dan dalam masa yg sama kurang risiko terkena strok haba.

perasan tak kalau kita kurang minum air, kepala akan jadi pening, badan pon jadi lesu semacam, haaa, PD nie memang sangat membantu masalah macam tu.
(sebenarnya mami start ambil PD ni, masa bulan puasa yang lepas, bila bancuh PD nie, memang anak-anak tak lesu time berpuasa, takde nak mengadu domba haus ke ape, semua relex jerr sampai ke petang) dan sejak tue, memang bawakkan dorang bekal air PD je kesekolah. (lepas cuti panjang, PD dah habes, lupa nak belikan PD untuk bekal 2016, tapi minggu nie, semua da bwk bekal PD dah kesekolah) hihihi

PD nie air ape? sebenarnya PD nie, minuman isotonik, yeaa, macam 100 plus tula, memberi tenaga dan stamina,  tapi bagusnya PD nie, kurang gula dan tiada sebarang gas, jadi tak risau nak telan banyak mana pon. Lagi banyak lagi bagus.
Biasakan kita dengar orang cirit birit, amek 100 plus, bila letih amek 100 plus, orang denggi amek 100 plus, dan macam-macam lagi la orang suruh amek 100 plus nie. Tapi tak elok sebenarnya, sebab kandungan gasnya terlalu tinggi, elok kita tukarkan dengan PD iaitu minuman isotonik yang bebas gas dan juga kurang gula, dan baik untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

perlu diketahui juga, PD nie mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita, jadi dia mudah diserap dan mengekalkan paras gula dalam darah. jadi memang akan beri stamina untuk mereka yang nak bersukan, berzumba bagai tu. bila minum PD nie, memang akan cepat hilang rasa haus dan badan cepat rasa sejuk, specialnya kandungan PD nie, ia lengkap dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air kedalam tubuh. Sebab tu badan cepat terasa kesannya.
jadi PD, memang sesuai untuk seisi umah, kalau anak anak dah mula nampak tanda-tanda nak demam, boleh cecepat bancuh dan bagi dorang minum, buat pekat-pekat, sedap sangat tau rasanya! tak perlu tambah gula, rasa dia da cukup-cukup sedap dan segar.

(Tips Kekal Sihat Di Musim Panas)
ha..lagi satu, PD nie sesuai jugak untuk mereka yang nak berdiet, yang kena minum air berliter-liter sehari tu, ha..kalau tak lalu nak telan air masak banyak-banyak, boleh bancuh PD nie ha, buat sebotol beso, haa...mesti kejap je rasa nak boleh abeskan berliter liter air tu. hihihi

sambung balek pasal ariQ tadi, alhamdulllilah, keesokkan harinya, nampak dah ada perubahan, mami bancuhkan juga PD pagi tu, bagi dia minum, sebab nampak dia lepak sangat demam kalini, dan bila dia last demam pon mami tak ingat, sebab memang jarang sangat dia sakit, batuk ke, selsema ke, memang alhamdullilah, tak mudah terkena virus demam bagai, (cukup vitamin agaknya, sebab selalu amek chew vitamin c & juga Omega guard) dan dia memang jenis budak yang tak reti penat. pagi sampai malam kekal aktif, sampai mami yang penat tengok dia adalah. hahaha

setakat nie jelar cerita pasal ariq dan kepanasan cuaca mengakibatkan demam melanda. jom sesama jaga kesihatan diri dan anak-anak kita.
lepas ni mami nak story pasal dehidrasi dan strok haba dengan lebih jelas! nak korang faham pebenda sebenarnya, dan bagaimana ia berlaku dan mengelak dari ianya terjadi kat diri kita dan anak-anak.
ok bai, asslamualaikum :)

stay tuned!

nak cuba PD boleh WA/Call mami k

anies 017-7061908


Tiada ulasan:

Catat Ulasan