Kenapa Mesti Hijau?
Cabaran blogging 30hari, harini dengan tajuk warna kegemaran!!
( segarnya mata memandang ) |
Sejujurnya kita memang haruk gilerr dengan hijau! Kalo bole semua benda nak hijau tauu.
Kenapa hijau? Kenapa tak pink? Kan pompuan suke giler kaler pink?
Ehhh..suka ati ai larr...hahaha..tapi takde lar kalo ai suke hijau, ai menyampah tengok kaler lain. Ai ok jerr, selain hijau, boleh jer mata nie terima kaler merah, kuning dan juga biru!
( semua warna ada kelebihan tersendiri ) |
Tapi senang cite macam nie lar, selagi kat situ ada pilihan hijau, memang hijau lar yang ku pilih!
Hijau nie best tau, sedap mata memandang, fresh jer rasa. Memang suka sangat larr, dulu masa pregnant..kalo boleh semua baju baby nak kaler hijau..masa tu tak tau pon baby boy ke gurl..tapi ok jekan kalo pilih warna hijau, keduanya boleh pakai jugak.
Dan masa pindah rumah sendiri, pilih cat rumah diruang tamu tetap nak hijau jugak... tapi raya tahun nie dah kena tukar kaler grey, sebab langsir dah hijau! Nanti kompius pulak kat rumah ke kat dalam hutan! Hahaha
( nie bukan umah saya yea! bilik mandi idaman kalbu ) |
FAKTA TENTANG HIJAU!!!
Hijau adalah warna yang dingin yang melambangkan alam dan kehidupan.
Hijau juga mencerminkan ketenangan, kesihatan dan kecemburuan.
Sejak zaman dahulu warna hijau merupakan simbol kesuburan.
Hasil kajian mendapati bahawa hijau dapat meningkatkan kemampuan membaca. Penyelidikan yang dilakukan pada beberapa orang pelajar mendapati jika kertas transparent berwarna hijau diletakkan di atas bahan bacaan boleh meningkatkan kecepatan membaca dan memahami.
Hijau sering digunakan dalam dekorasi untuk memberi efek ketenangan. warna hijau dapat membantu mengurangkan stress dan juga menghilangkan sakit kepala. Warna hijau berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.
Ha..amacam..best kan hijau? alasan kukuh sudah saya jelaskan dengan warna kegemaran saya. jom sama sama suke hijau mehh!
dan sebab itulah saya sukeeee shaklee kot? Sebab dia bewarna hijau juga! hahaha..kaitan sangat kan...
Hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan